Hari nie genap sudah umurku menjangkau angka 40, banyak yang berlaku dan meninggalkan kenangan. Bak kata pujangga Inggeris "Life Begun At 40", betul ke atau kata-kata yang menyatakan bahawa perubahan harus dilakukan atau akan tetap kekal seperti sebelumnya. Apa yang pasti pada tarikh ini aku menerima "wish" pertama dari isteri kesayangan dan diikuti dari adik-adik dan rakan-rakan. Seronok, sedih dan gembira yang kurasa pada hari ini. Semuanya bercampur dan sesudah melakukan solat zohor aku tenang, bisa tersenyum dan bergurau dengan orang sekeliling ku.
Adakah mungkin berita atau cerita dan usikan rakan-rakan serta adik-adik yang membuat aku rasa terhibur? Atau mungkin inilah perubahan yang perlu aku lakukan perlu senang dengan keadaan sekeliling dan menjadi sebahagian darinya. Adakah situasi hari ini telah membuat aku berpikiran lebih resional dari hari-hari sebelumnya? Tiada jawapan yang bisa diberi kecuali aku yang menyediakan jawapan bagi persolan yang mungkin selama ini perlu aku tanya pada diri ini.
Inikah titik terakhir yang aku carik selama ini? apakah ini "titik ba" yang selama ini aku carik dan aku kejar? Terlalu banyak persoalan yang masih tidak dapat jawapannya namum hari ini adalah satu permulaan bagi segalanya. Mungkin inilah hari terakhir dan permulaan sebuah langkah.......
No comments:
Post a Comment