
Tanggal 5 Januari 2009 adalah hari pertama persekolahan sessi 2009, begitu juga dengan 3 orang putera puteri ku. Sudah seminggu masa berlalu bagi hari persekolahan 2009 ini. Ridwan, memulakan hari pertamanya di Tadika Islam Al-Hateem. Aisyah dan Ikhwan menyambung persekolahan dalam tahun 4 dan 2 di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1. Tak sangka pula Ridwan yang mempunyai perangai "brutal" akan menangis pada hari pertama dan kedua persekolahan. Diatas adalah foto semasa hari pertama sampai dihadapan kelas.
No comments:
Post a Comment